Selasa, 23 Februari 2016

Lagi Kes Kanak-Kanak Terkunci Dalam Kereta

Kejadian petang semalam di Kampung Apar Singgai, Bau, Sarawak, anggota bomba terpaksa memecahkan cermin tingkap kereta untuk menyelamatkan budak lelaki berusia setahun yang lebih setengah jam terkunci dalam kenderaan itu.


Dalam kejadian 6 petang, budak lelaki itu ditinggalkan di dalam kereta ketika ibu bapanya berada di luar untuk membersihkan kenderaan itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Ebby Hirwandy Sarbini berkata, ketika kejadian enjin kereta dimatikan tetapi kunci berada di tangan kanak-kanak itu.

"Ketika bermain, kanak-kanak itu dipercayai tertekan kunci menyebabkannya terkunci dari dalam.

"Difahamkan dia terperangkap dalam kenderaan itu lebih setengah jam sebelum anggota bomba datang memberikan bantuan," katanya.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.14 petang dengan enam anggota dan dua unit EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Bau ke lokasi kejadian. Katanya, bomba memecahkan cermin di bahagian pemandu selepas mendapat kebenaran daripada bapa mangsa.

"Kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Lagi Kes Kanak-Kanak Terkunci Dalam Kereta

  • Tangan Hancur TersepitKuala Lumpur: Seorang remaja lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila tulang tangannya hampir hancur akibat tersepit pada mesin pencetak plat. Dalam kejadian jam 5.1 ...
  • Lima Perserta AF2016 Mara Ke FinalLima peserta iaitu Ara, Reshma, Afi, Amir dan Amal berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir konsert Akademi Fantasia 2016 (AF2016).Pengumuman itu dibuat oleh pengacara ...
  • Anugerah Melodi Disember DepanProgram popular yang disiarkan di TV3 iaitu Melodi bakal meraikan ikon industri hiburan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2016 yang akan berlangsung Disember depan.P ...
  • Pelbagai Aksi Lawak Di Mahaguru Spontan Gamatkan Istana BudayaAksi spontan sepuluh pelawak terkenal di pementasan komedi Mahaguru Spontan pada tayangan pertama petang Sabtu mengamatkan suasana Panggung Sari, Istana Budaya.Pentas Ma ...
  • Razis Ismail Perserta Pertama Tersingkir Gegar Vaganza 3Penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Sha ...

0 comments:

Catat Ulasan