Sabtu, 22 Oktober 2016

Pelbagai Aksi Lawak Di Mahaguru Spontan Gamatkan Istana Budaya

Aksi spontan sepuluh pelawak terkenal di pementasan komedi Mahaguru Spontan pada tayangan pertama petang Sabtu mengamatkan suasana Panggung Sari, Istana Budaya.

Pentas Mahaguru Spontan dibuka dengan persembahan Datuk AC Mizal, Douglas Lim dan Abam menerusi permainan pertama yang diberi nama 'Jangan Cakap Banyak'. 

Mahaguru Spontan dihoskan oleh pelawak Afdlin Shauki itu turut memberi peluang kepada penonton untuk memilih peserta dan mencadangkan situasi dalam permainan tersebut. 

Sementara itu dua penonton bertuah bernama Firdaus dan Piku diberi peluang ke atas pentas dan bermain permainan bersama peserta. 

Persembahan spontan yang 100 peratus bersifat interaktif itu merupakan pertama kali  diadakan dipentaskan di Istana Budaya. 

Sepuluh pelawak terkenal yang membuat persembahan ialah Datuk Ac Mizal, Johan, Zizan, Douglas Lim, Abam Bocey, Fad Bocey, Achey, Rashid Salleh dan Kuah Jenhan. 

Manakala Datuk Siti Nurhaliza akan menyertai pementasan pada malam Sabtu dan Ahad. 

Sebanyak 10 permainan dimainkan antaranya beku, jangan cakap banyak, keluar masuk, maju undur, lagu spontan, laguku untukmu dan pilihan lain. 

Sementara itu, dua permainan baharu diperkenalkan iaitu adiwira dan apa maksud kau. 

Mahaguru Spontan dipentaskan pada 22 dan 23 Oktober 2016 dengan dua sesi sehari iaitu pukul 3 petang dan 8 malam. 


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Pelbagai Aksi Lawak Di Mahaguru Spontan Gamatkan Istana Budaya

  • Anugerah Melodi Disember DepanProgram popular yang disiarkan di TV3 iaitu Melodi bakal meraikan ikon industri hiburan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2016 yang akan berlangsung Disember depan.P ...
  • Kapal Zaytouna-Oliva ditawan IsraelSelain Dr Fauziah, 12 aktivis lain turut merakam video menggesa kerajaan negara masing-masing dan masyarakat antarabangsa agar memberi tekanan kepada Israel supaya membe ...
  • 5 Lebuh Raya Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik SepenuhnyaLima lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) selepas jam 12 tengah hari ini (2 Mac 2016). Berikutan itu, semua pengguna jalan ra ...
  • Razis Ismail Perserta Pertama Tersingkir Gegar Vaganza 3Penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Sha ...
  • Majlis Malam Mesra MACP 2016Edry Abdul Halim masih sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak seperti diumumkan pada majlis Malam Mesra MACP (Music Authors Copyright Protection ...

0 comments:

Catat Ulasan