JUDUL : CINTA FB
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin & Selasa / 9.00 malam
SIARAN : Hypp Sensasi 116 (HyppTV)
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : Nafalia Corporation
PELAKON : Zara Zya, Hafizul Kamal, Erwin Dawson, Chacha Maembong, Azhar Azhael, Nisha Dirr, Noralbaniah, Arja Lee, Zalfa Zin, Reza Hsbi
WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Emelda
Hafizul Kamal sebagai Shah
Erwin Dawson sebagai Syafik
Chacha Maembong sebagai Syira
Azhar Azhael sebagai Fitri
LAGU TEMA / OST CINTA FB
Lagu : Tanda Tanya
Penyanyi : Aisyah Aziz
SINOPSIS CINTA FB
Shah terpaksa melepaskan kekasihnya Natasha. Ayah Natasya, En Zaman mahu Natasha mengahwini Nik Kamarul. Shah adalah jejaka kacak, seorang novelis yang menggunakan nama pena Nina Syakina dalam novel.
Dia gemar bersosial di laman sosial menggunakan nama pena Mawar Merah untuk mencari kenalan sebagai proses kreatif. Syafik kawan karibnya yang banyak menguruskan jadual hidupnya dan membantunya.
Emelda seorang gadis yang agak kasar tetapi mempunyai wajah yang ayu cantik jelita. Fitri sudah berulang kali berusaha untuk mendapatkan cintanya tetapi hati Emelda begitu keras untuk menerimanya. Sebagai seorang usahawan produk kuruskan badan, Emelda aktif dengan syarikat kecil-kecilannya dibantu oleh sahabat baiknya bernama Syira.
Melalui Syira, Fitri menjadikan Syira informer nya untuk mendekati Emelda tetapi masih gagal. Sebenarnya, Emelda masih tidak dapat melupakan kekasihnya yang telah meninggal dunia.
Melalui laman sosial Facebook, Emelda menggunakan nama pena Mawar Putih dan berkenalan dengan Mawar Merah. Masing2 tidak menggunakan profil picture wajah sendiri, dan hanya menggunakan gambar bunga. Mereka menggunakan nama pena bunga mawar di facebook dan menulis madah cinta di status FB masing2 sebagai luahan kekecewaan cinta.
Perkenalan mereka berlanjutan hampir 6 bulan, saling berkongsi kisah cinta. Emelda khuatir kalau-kalau Shah jejaka yang tidak kacak. Shah pula risau Emelda wanita yang tidak berapa cantik. Kerisauan itu membuatkan mereka merahsiakan wajah masing-masing. Novel-novel Shah laris di Malaysia dan menjadi novel koleksi Emelda. Semua orang tidak tahu Nina Syakina adalah nama pena kepada Shah.
Shah membeli sebuah rumah tanpa diketahui rumah itu bersebelahan dengan rumah Emelda (Mawar Putih). Dia membawa Syafik untuk mengumpulkan bahan idea dan cerita. Shah merahsiakan identitinya sebagai penulis novel.
Sejak itu Shah dan Emelda bertekak dan saling bermusuh dalam keadaan komedi. Masing2 tidak tahu sebenarnya Emelda adalah Mawar Putih dan Shah adalah Mawar Merah.
0 comments:
Catat Ulasan