Rabu, 9 Mac 2016

Tangan Hancur Tersepit

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila tulang tangannya hampir hancur akibat tersepit pada mesin pencetak plat. Dalam kejadian jam 5.11 petang semalam, mangsa, Muhammad Hafiz Muhamad Azhar, 19, melakukan tugas mencetak plat di kilang tempatnya bekerja di Taman Perindustrian Kepong, di sini.


Bagaimanapun pergelangan tangan kanan mangsa dikatakan tersepit pada mesin pemampat itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Sabri Samsudden berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi kejadian jam 5.11 petang.

"Sembilan anggota bomba membantu mengeluarkan tangan mangsa. "Anggota penyelamat menggunakan alat hidrolik untuk meregangkan mesin itu sebelum mengeluarkan tangan kanan mangsa yang parah," katanya.

Sabri berkata, pemeriksaan awal terhadap mangsa mendapati mangsa ceders di bahagian tangan kanan dan patah tulang tapak tangan. "Mangsa dihantar ke Hos-pital Sungai Buloh," katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Tangan Hancur Tersepit

  • Mahaguru Spontan di Istana BudayaMahaguru Spontan adalah sebuah program yang dibawakan oleh Comedy Planet dan Vision Works. Persembahan spontan berkenaan dikatakan 100 peratus bersifat interaktif yang j ...
  • Razis Ismail Perserta Pertama Tersingkir Gegar Vaganza 3Penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Sha ...
  • (Gambar) Lisa Surihani selamat melahirkan bayi perempuan(Info dari FB Astro Awani) Yusry dan Lisa Surihani baru sahaja pulang ke rumah. Astro AWANI berkongsi kegembiraan tersebut. Bayi perempuan pasangan itu dilahirkan sebera ...
  • 40 Minit Terkunci Dalam KeretaSeorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap kira-kira 40 minit dalam kereta ibunya di tempat parkir sebuah pasar raya di Bayan Baru, Georgetown semalam. ...
  • Anugerah Melodi Disember DepanProgram popular yang disiarkan di TV3 iaitu Melodi bakal meraikan ikon industri hiburan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2016 yang akan berlangsung Disember depan.P ...

0 comments:

Catat Ulasan