Ahad, 23 Oktober 2016

Razis Ismail Perserta Pertama Tersingkir Gegar Vaganza 3

Penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

Pada konsert berkenaan Razis menyanyikan lagu nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah berjudul Bunga Pujaan mendapat markah tercorot daripada juri profesional yang mengadili para peserta.

Seperti dua musim terdahulu, Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Azharina dipilih sebagai pemenang Vokal Paling Menyengat pada minggu ini.Pada konsert itu, Azharina menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Sheil Majid iaitu Sinaran.


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Razis Ismail Perserta Pertama Tersingkir Gegar Vaganza 3

  • 5 Lebuh Raya Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik SepenuhnyaLima lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) selepas jam 12 tengah hari ini (2 Mac 2016). Berikutan itu, semua pengguna jalan ra ...
  • Tangan Hancur TersepitKuala Lumpur: Seorang remaja lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila tulang tangannya hampir hancur akibat tersepit pada mesin pencetak plat. Dalam kejadian jam 5.1 ...
  • Bonus Tabung Haji 8 peratusLembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015. Selain itu, bonus tambahan sebanyak tig ...
  • Cara Mudah Memindahkan Gas Memasak Ke Tong Lain“Mereka menggunakan cara lama dengan menyambungkan kedua-dua tong gas menggunakan hos sebelum meletakkan ais pada tong gas industri yang kosong. Gas akan bertindak balas ...
  • Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 3 [2016]Masih mengekal Nabil dan Jihan Muse sebagai pengacaranya, program Gegar Vaganza Musim 3 akan kembali memulakan konsert pertama pada 16 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 mal ...

0 comments:

Catat Ulasan