Jumaat, 20 Januari 2017

bibah bebel kepala bergetar

bibah bebel kepala bergetar

Telemovie untuk tayangan slot Skrin di 9 (TV9) yang bertajuk Bibah Bebel lakonan Fahrin Ahmad, Elly Mazlin dan lain lain. Telefilem terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Telefilem ini juga menampilkan pelakon cilik yang berbakat iaitu Puteri Balqis di mana dia memainkan watak komedi. Nantikan telemovie komedi ini nanti di TV9.
pelakon bibah bebel


pelakon bibah bebel

Fahrin Ahmad
Elly Mazlin
Puteri Balqis
Nafiz Muaz

bibah bebel sinopsis

Telemovie BIBAH BEBEL yang bergenre komedi mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Bibah (Puteri Balqis) yang telah ditinggalkan dalam jagaan datuk dan neneknya di kampung. Kedua ibu bapanya yaitu Daud (Fahrin Ahmad) dan Jamilah (Elly Mazlein) baru sahaja habis belajar di London, dan mereka membawa bersama abang dan kakak Bibah iaitu Danial dan Arissa bersama ke sana. Dan setelah pulang semula ke Malaysia, Daud dan Jamilah, mengambil semula Bibah untuk tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur.

Malangnya, Bibah terlalu terikut-ikutkan perangai neneknya yang kuat membebel. Bibah terlalu pembersih, dan mahukan keluarganya lengkap serba serbi semuanya. Malangnya, abang dan kakaknya pula rimas kerana Bibah selalu membebel dan menasihatkan mereka setiap masa, tidak kira siang dan malam, sehinggakan kedua mereka meluat dibuatnya dengan sikap Bibah.

Hari ke hari, sikap Bibah yang semakin bertambah rancak ‘membebel’ menambahkan pula tekanan pada Daud dan Jamilah, yang semakin hari pula dibebani dengan beban kerja. Akibatnya. Bibah sering dimarahi. Namun, Bibah langsung tidak mengambil hati kerana apa yang dia bebelkan itu demi kebaikan keluarganya yang tersayang. Pelbagai aksi lucu terjadi sepanjang Bibah membebelkan keluarganya di rumah.

Sehinggalah pada suatu hari, apabila berlakunya kejadian yang tidak disangka sehingga menyebabkan Bibah tercedera dan koma beberapa hari. Keadaan itu, menyebabkan ahli keluarganya berasa sunyi dan rindukan bebelan semula Bibah. Namun, adakah Bibah akan kembali membebel dan menceriakan kembali keluarga Daud dan Jamilah?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : bibah bebel kepala bergetar

  • Samudera Rindu Full Episode Sinopsis Samudera Rindu Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah dengan ibunya, Nadia yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atira ...
  • Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma MaembongDrama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Tradi ...
  • Drama Kerana Anisa [2017] Samarinda TV3 Drama Kerana Anisa [2017] Samarinda TV3 Pelakon Drama Kerana Anisa Zara Zya sebagai Anisa  Mustaqim Bahadon sebagai Syukri Fahrin Ahmad sebagai Zahid ...
  • Sinopsis Drama Korea Crazy LoveDrama Korea Romantis yang berjudul Crazy Love. Drama terbaru ini akan mulai tayang tanggal 7 Maret dan akan tayang setiap Senin dan Selasa. Tokoh utama dalam drama ...
  • Suri Hati Mr Pilot Full Episode Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas keb ...

1 comments:

  1. The Casino Review - DrmCD
    The Casino is a very 경기도 출장안마 trustworthy website that has been operating 경산 출장안마 since 2009. Read our 부산광역 출장마사지 casino review, get a 100% match up 안성 출장샵 to $2000 deposit bonus. Rating: 4.8 · ‎Review by DrmCD 동해 출장샵

    BalasPadam