Rabu, 9 November 2016

Saya Dihentam Teruk Di laman Sosial

Alyah Gegar Vaganza 3

“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.

“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya.

Isteri juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramli MS yang juga penyanyi terkenal, Datin Alyah akan mengambil tindakan terhadap peminat setia penyanyi Elly Mazlein sekiranya masih menyerangnya di laman sosial.

Tindakan itu dirasakan jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.

“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil.

“Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu keputusan drastik Elly meninggalkan program GV3 pada minggu keempat menimbulkan kemarahan peminat selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen Ramli yang mengaitkan dirinya dengan isu ihsan atau belas simpati.

Alyah berkata, insiden itu telah menyebabkan dia menerima kecaman teruk di laman sosial dan menerima beberapa mesej serta panggilan telefon.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Saya Dihentam Teruk Di laman Sosial

  • Fasha menjadi contoh pelakon lain"Ini bukan gandingan kami yang pertama tetapi menerusi drama bersiri 100 episod ini saya dapat berlakon dalam tempoh lama dengannya. Seperti dikongsikan pelakon lain yan ...
  • Atikah Suhaime akan saman"Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong," jawabnya kepada peminat berkenaan.Pelakon Atikah Suha ...
  • Kehidupan baru Fasha Sandha“Perceraian bukan penamat segala-galanya. Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana Allah sudah mengatur yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.”Tempoh 11 ...
  • Video Kumpulan Spin dengan Vokalis baruKumpulan Spin dengan vokalis terbaru Awis yang merupakan adik kepada arwah Achik Spin sendiri. Mendegar dari nyanyiannya ada sedikit lenggok suara abangnya. All the best ...
  • Drama terbaru arahan Pali YahyaDrama 13 episod Creative Skill Solution Sdn Bhd arahan Pali Yahya itu turut menampilkan lakonan Aidit Noh dan Julia Marin.Selepas menempa populariti menerusi drama Akula ...

0 comments:

Catat Ulasan