Rabu, 14 September 2016

Drama terbaru arahan Pali Yahya

Pali Yahya

Drama 13 episod Creative Skill Solution Sdn Bhd arahan Pali Yahya itu turut menampilkan lakonan Aidit Noh dan Julia Marin.

Selepas menempa populariti menerusi drama Akulah Balqis, Nadia Brian bakal muncul dengan drama Sweetie Nanie yang bersiaran di slot Lestary TV3 mulai 29 September ini.

Menurut Pali, keistimewaan Sweetie Nanie kerana dibarisi pelakon baru dan jalan ceritanya mudah diterima setiap lapisan masyarakat.

“Ketika mengarahkan drama ini ada beberapa cabaran terpaksa saya hadapi terutama pembentukan watak setiap pelakon. Namun dari segi pembikinan atau teknikalnya, kru produksi tidak menghadapi sebarang masalah kerana kebanyakan mereka ada pengalaman.

“Saya berharap drama ini dapat diterima semua penonton dan dijadikan teladan kerana banyak mesej dan pengajaran,” katanya.

Sweetie Nanie mengisahkan gadis bernama Nanie Nadira (Nadia Brian) pernah melahirkan anak luar nikah selepas dirogol ketika berusia 16 tahun.

Oleh kerana Nanie masih bersekolah dan tiada pendapatan, dia terpaksa menyerahkan bayi itu kepada kakaknya, Nora.

Namun, bayi itu diculik di sebuah klinik dan Nora meninggal dunia akibat kemurungan. Nora sempat berpesan kepada Nanie supaya mencari anaknya dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu.

Selain berdepan pelbagai dugaan, Nanie turut bergelut masalah kewangan selepas kematian kakaknya yang selama ini menanggung pengajiannya di sebuah kolej tempatan.

Ketika runsing memikirkan sewa rumahnya yang sudah lama tertunggak, dia bertemu Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe. Zafri adalah Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat pemaju milik keluarganya. Dia sentiasa dikongkong sepupunya, Baizura yang memantaunya mengendalikan urusan syarikat.

Jika mahu mengetahui kesudahan cerita ini dan apa perkembangan hubungan Nanie dan Zafri, jangan lupa menontonnya hingga episod terakhir. - HMetro

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama terbaru arahan Pali Yahya

  • Mawar sukar menangisSanggup mengetepikan tawaran lain selama tiga bulan demi Suami Paling Sweet, Mawar berkata, beliau berdebar menantikan reaksi penonton.Pelakon baharu, Mawar Rashid, meng ...
  • Atikah Suhaime akan saman"Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong," jawabnya kepada peminat berkenaan.Pelakon Atikah Suha ...
  • Drama Cinta Selawat lakonan Azzahra dan Keith FooAzzahra baru saja tampil menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz dan tidak lama lagi, beliau akan muncul pula dengan drama Cinta Selawat. Berlakon di sisi Keith Foo, ia p ...
  • Nana Jaga Vokal dan Kesihatan BadanIbu tunggal kepada seorang anak lelaki ini berkata dia menjaga pengambilan pemakanan harian dan menitikberatkan penjagaan berat badan supaya tidak kelihatan terlalu besa ...
  • Video Kumpulan Spin dengan Vokalis baruKumpulan Spin dengan vokalis terbaru Awis yang merupakan adik kepada arwah Achik Spin sendiri. Mendegar dari nyanyiannya ada sedikit lenggok suara abangnya. All the best ...

0 comments:

Catat Ulasan