Isnin, 12 September 2016

Atikah Suhaime akan saman

Atikah

"Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong," jawabnya kepada peminat berkenaan.

Pelakon Atikah Suhaime, 25, menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya bersama pelakon Idris Khan, 28.

Perkara itu dinyatakan pelakon kelahiran Singapura ini apabila ada peminat menyarankan dia untuk membuat laporan polis dalam ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, pelakon Highland Tower itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya tengah belanja raya dengan mak saya," jawabnya ringkas.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Idris pula masih tidak berbalas.

Semalam, penyebaran beberapa keping gambar bogel yang memaparkan dua pelakon berkenaan hangat diperkatakan selepas ia tersebar di laman sesawang.

Tahun lalu kedua-dua mereka menafikan mengenai perkara itu yang turut mengaitkan pelakon Ammar Alfian dengan foto itu. - HMetro

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Atikah Suhaime akan saman

  • Anatomi Album terbaru Faizal TahirFaizal Tahir tampil menjelaskan maksud tersirat di sebaliknya kulit album terbarunya Anatomi. Faizal berkata, dia memberikan idea itu sebelum dihasilkan pereka grafik, D ...
  • Adnan Abu Hassan meninggal dunia awal pagi tadiDatuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini. Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital b ...
  • Raeesa Ammara nama anak Fikhree BakarFikhree antara lain pernah membintangi drama Mr Istikharah, Mencintaimu, Teman Lelaki Upahan dan Nawaitu Cinta. Ketika ini, drama Abang Bomba I Love You lakonannya masih ...
  • Nadiya Nisaa kongsi kegembiraan“Usia kandungan saya baru melepasi tiga bulan. Apabila anak sulung, Omar berusia lima tahun, kami memang mahu tambah zuriat.Tiada kata-kata dapat digambarkan pelakon pop ...
  • Lagu latar Engkau Milikku ditarik balikLagu Engkau Milikku kini digunakan sebagai lagu latar drama bersiri Lara Aishah terbitan Global Station yang ditayangkan di saluran Astro Prima.Penyanyi Datin Alyah sedi ...

0 comments:

Catat Ulasan