Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman.
Sinopsis Dari Novel
Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu.
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
Nantikan drama Sayang Papa Saya Tak? yang bakal ditayangkan pada awal tahun depan 2017 di Astro Ria.
0 comments:
Catat Ulasan