Jumaat, 28 Oktober 2016

Telefilem Bedah Motor Lakonan Niezam Zaidi, Nonny Nadirah Di Tv9

JUDUL : Bedah Motor #BedahMotor
TARIKH / MASA : 31/10/2016 8.30mlm Tv9
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON :Niezam Zaidi, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Sharifah Shahora dan Rosnah Mat 
Aris.

SINOPSIS BEDAH MOTOR

Drama genre komedi terbitan Tanah Beris Film Production itu akan menemui penonoton pukul 8.30 malam yang membariskan pelakon antaranya Niezam Zaidi, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Sharifah Shahora dan Rosnah Mat Aris.


Kata Shuhaimi drama itu berkisar kisah seorang graduan bernama Bedah lakonan Nonny Nadirah yang mencari rezeki dengan melakukan kerja penghantaran makanan.

Ujarnya, dengan menunggang sebuah motosikal, Bedah akan menghantar makanan yang dipesan di merata tempat dan sering 'mencelah' ketika membawa kenderaan itu untuk cepat tiba ke satu-satu lokasi.

"Celah bedah yang saya maksudkan apabila individu ini suka mencelah-celah ketika menunggang motosikal. Itu saja. Tapi mungkin tajuk itu kelihatan kurang manis, sebab itu ia ditukar keapda Bedah Motor," ujarnya.

Tambahnya, telefilem itu sarat dengan pengajaran kerana Bedah  akhirnya berjaya membeli 'food truck' hasil usahanya itu.

Menurut Shuhaimi, apa yang hendak diketengahkan dalam drama tersebut ialah kesungguhan seseorang untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan berusaha.

"Drama ini sedikit pun tidak ada unsur-unsur lucah sebaliknya sarat dengan pengajaran. Apa yang penting, pelakon-pelakon yang diketengahkan  bukannya pelawak namun mereka berjaya membawa watak dengan baik bagi sebuah genre komedi," katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Telefilem Bedah Motor Lakonan Niezam Zaidi, Nonny Nadirah Di Tv9

0 comments:

Catat Ulasan