Jumaat, 11 November 2016

Drama 200Km Ke Al-Haram ,Lakonan Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad Dan Janna Nick

Drama bersiri terbaru berjudul 2000km Ke Al-Haram akan menemui penonton di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick dan ramai lagi. Drama terbitan  D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd arahan Harris Fadzillah. Berkemungkinan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti. Info lain akan diberitahu kelak. 

JUDUL : 200KM KE AL-HARAM
EPISOD : 26 episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : RTM
PENGARAH : Harris Fadzillah
TERBITAN : D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick, Mawar Rashid, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Liza Abdullah, Marisa Yasmin, Jalaludin Hassan, Laila Nasir, Anne Abdullah, Amyza Aznan

WATAK PELAKON
Syazwan Zulkifly sebagai Hadi
Mia Ahmad sebagai Iqa / Wan Shafiqah Wan Hazim
Iqram Dinzley sebagai Daniel
Janna Nick sebagai Inas

LAGU TEMA / OST 2000KM KE AL-HARAM
Lagu : Patah Hati
Penyanyi : Mojo

SINOPSIS 200KM KE AL-HARAM
Perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.

Hadi yang dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya, mula berubah menjadi seorang yang jauh dari agama selepas balik dari London. Bapa kandung Hadi merancang untuk membawanya ke Doha dan mengerjakan umrah bersama dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik. Ketika di sana, Hadi telah bertemu Iqa. Perkenalan Iqa dan Hadi sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama 200Km Ke Al-Haram ,Lakonan Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad Dan Janna Nick

0 comments:

Catat Ulasan