Isnin, 12 September 2016

Drama Cinta Selawat lakonan Azzahra dan Keith Foo

Azzahra

Azzahra baru saja tampil menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz dan tidak lama lagi, beliau akan muncul pula dengan drama Cinta Selawat. Berlakon di sisi Keith Foo, ia peluang pertama buat Azzahra memegang watak utama. Drama berkenaan diarahkan oleh Shuhaimi Lua.

Pendekatan penerbit yang mengikut 'trend' mewujudkan lebih banyak watak bertudung membolehkan bakat baharu, Azzahra Ahmad, sama-sama menonjolkan bakat beliau. Azzahra berkata, sepanjang setahun bergelar pelakon, beliau masih berusaha menghadiri pelbagai uji bakat untuk dikenali di kalangan penerbit.

"Saya akan sertai apa-apa sahaja uji bakat yang ada. Alhamdulillah, saya diberi juga peluang untuk berlakon, walaupun watak kecil. Paling penting penerbit menyedari bakat saya. "Apatah lagi watak bertudung menjadi 'trend', jadi saya mengambil setiap peluang yang ada, sekali gus dapat mengasah bakat saya juga.

"Kalau dulu, susah juga nak dapat watak. Walaupun penerbit atau produksi menyukai bakat saya, namun disebabkan imej bertudung, mereka terpaksa ambil pelakon lain," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Azzahra berkata, perjalanannya masih jauh dalam usaha mengukir nama sebagai pelakon yang baik. Perkara itu membuatkan beliau tidak henti-henti mengasah bakat, selain mendapatkan tunjuk ajar daripada pelakon lebih berpengalaman di lokasi. "Bukan senang nak jadi yang terbaik. Sudah alang-alang minat dalam seni lakonan, semestinya saya akan buat yang terbaik. "Yang penting, jaga diri, usaha dan yakin pada rezeki yang diterima," katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Drama Cinta Selawat lakonan Azzahra dan Keith Foo

  • Saya Dihentam Teruk Di laman Sosial“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.“Lebih teruk, saya menerima ...
  • Adnan Abu Hassan meninggal dunia awal pagi tadiDatuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini. Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital b ...
  • Wan Raja bawa watak lelaki lembutWam Raka pernah mencetuskan kontroversi apabila membintangi filem sensasi dot dot Dalam Botol, lima tahun lalu, dia tidak gentar andai kemunculan terbaharunya membawakan ...
  • Reen Rahim terus berusaha tidak mahu kecewaHampir lima tahun berusaha membina nama dalam bidang lakonan, Reen berkata bukan mudah untuk dia menempatkan diri dan mencipta nama dalam dunia seni kerana pelbagai onak ...
  • Lagu latar Engkau Milikku ditarik balikLagu Engkau Milikku kini digunakan sebagai lagu latar drama bersiri Lara Aishah terbitan Global Station yang ditayangkan di saluran Astro Prima.Penyanyi Datin Alyah sedi ...

0 comments:

Catat Ulasan