Khamis, 17 Mac 2016

Adnan Abu Hassan meninggal dunia awal pagi tadi


Datuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini. Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Komposer berpengaruh yang pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim itu dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010. | Bharian

Salam takziah buat keluarga arwah, Al Fatihah...

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Adnan Abu Hassan meninggal dunia awal pagi tadi

  • Hisyam bukan berlakon untuk Astro sahajaHisyam, 31, sebaliknya berkata, dia hanya mengikat kontrak bersama stesen satelit berbayar itu untuk menguruskan karier seninya dan masih bebas untuk berlakon untuk mana ...
  • Zarul rebah 2 jam sebelum konsertZarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, memberitahu dia terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6.45 petang semalam apabila perutnya tiba-tiba sakit.Mel ...
  • Drama terbaru RuhainiesDia kini sibuk di lokasi penggambaran drama Jejak Karmila yang turut dijayakan Mia Ahmad, Fauziah Nawi, Ogy Ahmad Daud dan Johan As’ari.Katanya, drama itu berkisarkan ke ...
  • Nafi Disingkir Jadi Pengacara GV3Nabil, 33, ketika dihubungi berkata, ini musim ketika dia menjadi pengacara program itu dan setakat ini dia tidak ada menerima apa-apa notis daripada Astro berhubung pen ...
  • Nora Dapat Tukar Lagu Lain?Dalam program berkenaan Ahad lalu, Nora, 43, diberikan lagu dangdut nyanyian Amelina berjudul Rindu tetapi dikatakan menukarnya dengan lagu Bring Me To Life nyanyian Eva ...

0 comments:

Catat Ulasan