Rabu, 10 Februari 2016

Gajah Mengamuk Di Pekan

Ingatkan di Pekan, Pahang hehe tapi kejadian ini berlaku di pekan Siliguri, Bengal, di timur India seekor gajah liar mencetuskan kegemparan apabila mengamuk dengan merosakkan rumah, merempuh rumah dan kereta hari semalam.

gajah amuk

Namun, ketika gajah yang ketakutan itu mengamuk, orang ramai berkumpul melihat kelakuannya dari jauh termasuk dari beranda dan atas bumbung, malah ada yang mengikut gajah itu dari belakang.

“Gajah itu ketakutan dan cuba mencari jalan pulang ke dalam hutan,” kata seorang penduduk, Papaiya Sarkar, 40.

Gajah betina itu tersesat dari hutan di Baikunthapur, menyeberang jalan dan satu sungai kecil sebelum memasuki pekan Siliguri dan pihak berkuasa percaya ia terpisah dari kumpulannya serta mencari makanan.

Gajah itu tidak menyerang manusia tetapi kelihatan takut dan selepas beberapa jam, haiwan itu ternyata gagal mencari jalan pulang ke hutan.

Pihak berkuasa menembak pelali dan menggunakan kren mengangkatnya ke dalam lori sebelum dibawa ke pejabat jabatan hutan. Haiwan itu akan dibebaskan ke hutan selepas ini. | Sumber AP

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Gajah Mengamuk Di Pekan

  • Kool FM Stesen Radio Terbaru Media PrimaRangkaian Radio Media Prima Berhad melancarkan stesen radio keempatnya, Kool Fm dalam majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara di sini, hari i ...
  • 500 ribu penipu di mudah.my"Cara pembeli menipu penjual ialah dengan memalsukan resit pembayaran manakala penjual pula menipu menggunakan nama syarikat orang lain ketika menjual barangan tidak wuj ...
  • Mahaguru Spontan di Istana BudayaMahaguru Spontan adalah sebuah program yang dibawakan oleh Comedy Planet dan Vision Works. Persembahan spontan berkenaan dikatakan 100 peratus bersifat interaktif yang j ...
  • Lagi Kes Kanak-Kanak Terkunci Dalam KeretaKejadian petang semalam di Kampung Apar Singgai, Bau, Sarawak, anggota bomba terpaksa memecahkan cermin tingkap kereta untuk menyelamatkan budak lelaki berusia setahun y ...
  • 40 Minit Terkunci Dalam KeretaSeorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap kira-kira 40 minit dalam kereta ibunya di tempat parkir sebuah pasar raya di Bayan Baru, Georgetown semalam. ...

0 comments:

Catat Ulasan