Selasa, 11 Oktober 2016

Mahaguru Spontan di Istana Budaya

Spontan

Mahaguru Spontan adalah sebuah program yang dibawakan oleh Comedy Planet dan Vision Works. Persembahan spontan berkenaan dikatakan 100 peratus bersifat interaktif yang julung kali diadakan di pentas berprestij itu.

Idea persembahan peserta di atas pentas pula akan ditentukan oleh penonton yang hadir. Selain Siti, Mahaguru Spontan akan dibintangi oleh Johan, Zizan, Datuk AC Mizal, Abam, Achey, Fad, Douglas Lim, Rashid Salleh dan Kuah Jenhan. Manakala Afdlin Shauki menjalankan peranan sebagai hos.

Acara itu akan diadakan pada dua sesi sehari iaitu jam 3 petang dan 8 malam.

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak hanya memiliki bakat menyanyi dengan suara merdu, bahkan penonton kini dapat melihat aksinya membuat jenaka spontan di atas pentas.

Penyanyi tersohor negara itu mengakui perasaannya berdebar-debar kerana bakal menyertai acara Mahaguru Spontan yang akan diadakan secara langsung di panggung Istana Budaya pada 22 dan 23 Oktober ini.

Namun perkara itu dianggap bukan cabaran mudah bagi Siti kerana dia perlu berentap dengan beberapa pelawak tempatan yang lain.

Apatah lagi Siti juga merupakan satu-satunya peserta wanita yang terpilih membuat persembahan.

“Berdebar pula rasa di hati. Tapi sebenarnya tak sabar untuk bertarung dengan Mahaguru Spontan yang otai-otai (handal) ni.."

“Saya satu-satunya wakil wanita yang akan bertarung,” tulisnya di media sosial.

Selain berdebar-debar, Siti turut dihimpit perasaan bimbang sekiranya ada peserta lain mengambil kesempatan untuk ‘membulinya.’ “Doakan saya agar tidak dibuli ye,” katanya.

Difahamkan, penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu bakal membuat aksi spontan 100 peratus dan berentap dengan peserta lain.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Mahaguru Spontan di Istana Budaya

  • Bonus Tabung Haji 8 peratusLembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015. Selain itu, bonus tambahan sebanyak tig ...
  • 40 Minit Terkunci Dalam KeretaSeorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap kira-kira 40 minit dalam kereta ibunya di tempat parkir sebuah pasar raya di Bayan Baru, Georgetown semalam. ...
  • Anugerah Melodi Disember DepanProgram popular yang disiarkan di TV3 iaitu Melodi bakal meraikan ikon industri hiburan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2016 yang akan berlangsung Disember depan.P ...
  • 8 Cedera Letupan di Mid Valley MegamallPagi tadi dua letupan kecil dilapor berlaku di Mid Valley Megamall disebabkan oleh letupan gas di kedai makanan dan minuman.Pengurusan Mid Valley Megamall dalam satu ken ...
  • Gambar Helikopter Nuri TUDM terhempas di SMK Balung TawauKira-kira pukul 9.05 pagi sebuah helikopter Nuri milik TUDM dilaporkan terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah.Lima pelajar sekolah SMK Balun ...

0 comments:

Catat Ulasan