Khamis, 17 November 2016

Akim nyanyi lagu tamil esok

Lagu Tamil

Akim berkata itu pengalaman pertamanya menyanyikan lagu Tamil dan berasa sangat gembira apabila menjadi pilihan penganjur acara terbabit.

Dia bakal menyampaikan lagu Tamil berjudul Endrum 16 di Konsert Akhir Superstar Endrum 16 yang akan berlangsung 19 November ini.

“Bukan mudah untuk saya menyanyikan lagu Tamil tetapi syukur banyak pihak sudi membantu terutama penerbit lagu ini, Jay yang membimbing dari segi sebutan,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya mengenai latihan, Akim menegaskan dia memberikan lebih perhatian terhadap sebutan.

“Bahasa Tamil tidaklah semudah yang disangka. Ada cara sebutan yang berbeza dan kalau salah sebut boleh membawa maksud berbeza,” katanya.

Tidak bersendirian menyanyikan lagu itu, Akim digandingkan dengan Reshma (AF2016), Kashika (Ceria Popstar), Darkey, Vicanes Jay, Magen, Queen, Hariharan, Hasmitha dan Daraneswary.

Akim turut mengakui tertarik untuk menghasilkan dan menyanyikan lagu dalam Tamil jika ada peluang.

“Muzik India sebenarnya mempunyai teknik yang sangat hebat.

“Selain menampilkan kelainan, menyanyikan lagu Tamil juga boleh membantu saya mempertingkatkan skil dalam nyanyian,” katanya lagi.

Selain menyampaikan lagu Edrum 16 di acara itu, Akim turut menyokong semua peserta program realiti itu.

“Tidak kiralah bahasa apa sekali pun, bagi saya seni itu luas. Saya ingin menunjukkan sokongan saya kepada mereka yang terbabit dalam program ini,” katanya. - HMetro

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Akim nyanyi lagu tamil esok

  • Tidak mahu kontroversi lagiNina berkata, dia juga puas kerana drama bersiri lakonannya Terlarang Sudah Rinduku yang kini bersiaran di Slot Azalea TV3 bermula 7 September lalu juga mendapat mendapa ...
  • Kad undangan perkahwinan Lufya dan Dr Hafiz"Alhamdulillah, setakat ini persiapan hampir selesai, cuma sibuk menguruskan pengedaran kad. Terima kasih kepada syarikat Kadkahwinsweetswet yang sudi menaja kami. "Ting ...
  • Falisha Crossley nikah tahun depan"Apatah lagi tahun ini genap usia saya 31 tahun. Jadi sudah tiba masanya saya melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Insya Allah doakan yang terbaik buat saya dan pasang ...
  • Wan Raja bawa watak lelaki lembutWam Raka pernah mencetuskan kontroversi apabila membintangi filem sensasi dot dot Dalam Botol, lima tahun lalu, dia tidak gentar andai kemunculan terbaharunya membawakan ...
  • JS Pictures beri peluang bakat baruBagi Jinggo, dia menjadikan drama Kau Aku Kita itu sebagai penanda aras agar drama terbaru ini boleh setanding atau berada di tahap lebih membanggakan.Kredibiliti syarik ...

0 comments:

Catat Ulasan