Selasa, 8 November 2016

Kad undangan perkahwinan Lufya dan Dr Hafiz


"Alhamdulillah, setakat ini persiapan hampir selesai, cuma sibuk menguruskan pengedaran kad. Terima kasih kepada syarikat Kadkahwinsweetswet yang sudi menaja kami. "Tinggal kira-kira dua minggu lagi untuk hari bernikah, berdebar dibuatnya. Doakan majlis kami berjalan lancar," katanya.

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 31, mula mengedarkan kad undangan perkahwinan dengan doktor kacak, Che Muhammad Hafiz yang bakal diadakan di Laman Cinta Nirwana, Ampang, pada 26 November depan.

Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar memberitahu, majlis akan diadakan secara sederhana dengan dihadiri 400 jemputan merangkumi keluarga, rakan dan media.

Lufya bertunang dengan Dr Hafiz pada akhir Ramadan lalu. Mengikut perancangan, upacara akad nikah akan diadakan pada jam 8 malam disusuli majlis resepsi meraikan mempelai.

Lufya yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keenam berkata, dia dan tunangnya mahu mengadakan majlis sederhana dan tidak berlebihan.

Dalam perkembangan lain, Lufya bersama rakan artis seperti Emma Maembong, Nazrief Nazri, Aishah Ilias, Siti Saleha dan Shukri Yahya akan menyertai kempen Drama Sangat Bus anjuran TV3 di Melaka dan Johor selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kad undangan perkahwinan Lufya dan Dr Hafiz

  • Abang Sado Habib"Pelik pula rasanya apabila mereka terbawa-bawa watak saya hingga ke alam realiti. Kata mereka, 'Awak seorang Ustaz, janganlah pakai singlet'. "Saya juga disuruh jaga pe ...
  • Falisha Crossley nikah tahun depan"Apatah lagi tahun ini genap usia saya 31 tahun. Jadi sudah tiba masanya saya melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Insya Allah doakan yang terbaik buat saya dan pasang ...
  • Mawar sukar menangisSanggup mengetepikan tawaran lain selama tiga bulan demi Suami Paling Sweet, Mawar berkata, beliau berdebar menantikan reaksi penonton.Pelakon baharu, Mawar Rashid, meng ...
  • Gambar Majlis Akad Nikah Shahrol ShiroTahniah Shahrol Shiro dan Nor Farhanah semalam telah berlangsung majlis akad nikah mereka berdua.Turut ada anak dari perkahwinan pertama Shahrol Shiro.Kredit foto : era ...
  • Zarul rebah 2 jam sebelum konsertZarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, memberitahu dia terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6.45 petang semalam apabila perutnya tiba-tiba sakit.Mel ...

0 comments:

Catat Ulasan