Selasa, 11 Oktober 2016

Kena Pulau Pelakon Lain

Mr Pilot

"Saya okay selagi perkara itu tidak mengganggu rutin harian dan kerja saya. Walaupun itu adalah tindakan yang tidak profesional, saya tak ada hak untuk memaksa mereka.

Pelakon meningkat naik Fattah Amin mengakui dipulau beberapa rakan bekas kekasihnya yang juga pelakon Sherry Ibrahim selepas mereka putus cinta sejak dua bulan lalu.

Fattah, 26, berkata, ada di antara rakan Sherry itu adalah rakan-rakan artis yang memang dikenalinya.

Bagaimanapun Fattah menganggap itu hak masing-masing dan dia tidak ada kuasa untuk menghalang perkara itu.

"Kalau tak nak berkawan dengan saya, tak mengapa. Bahasa mudahnya, saya pun tak hadap. Lagipun, saya ada kawan-kawan lain," katanya.

Fattah yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini berkata, dia tidak mahu mengambil pusing perkara itu kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonannya.

"Banyak lagi perkara dan masalah lain yang lebih penting. Saya jenis yang tidak pernah mencampuradukkan soal kerja dan peribadi," katanya.

Menurut Fattah, sejak putus cinta, dia tidak pernah lagi terserempak dengan Sherry di mana-mana acara begitu juga dengan rakan-rakan lain. - HMetro

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kena Pulau Pelakon Lain

  • Tidak mahu kontroversi lagiNina berkata, dia juga puas kerana drama bersiri lakonannya Terlarang Sudah Rinduku yang kini bersiaran di Slot Azalea TV3 bermula 7 September lalu juga mendapat mendapa ...
  • Melodi lagu Hidup Dalam Mati hasil ciplakAyai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin , 54, berkata, lagu berkenaan dihasilkannya khas untuk finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris berjudul Ku Kejar Bayang Mu."Sa ...
  • Elly berkecil hati dengan komen Ramli MS"Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik di ...
  • Michael Ang terima kritikan"Saya mengkaji setiap watak yang saya berikan kepada pelakon. Sebagai juruterbang kalau sekadar bekerja untuk perjalanan dalam negara adalah perkara biasa jika mereka pu ...
  • Saya Dihentam Teruk Di laman Sosial“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.“Lebih teruk, saya menerima ...

0 comments:

Catat Ulasan