Rabu, 21 September 2016

Drama Samudera Rindu ,Slot Azalea Tv3 Lakonan Azhan Rani

JUDUL : SAMUDERA RINDU
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : 9 September 2016
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Eyra Hazali, Watie Sadali, Emely Hanif, Hafeez Mikail 

WATAK PELAKON
Azhan Rani sebagai Zainal
Dynas Mokhtar sebagai Nadia
Eyra Hazali sebagai Athirah
Watie Sadali sebagai Siti

SINOPSIS SAMUDERA RINDU
Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya.

Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia.

Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah.

Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital.

Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati.

Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.

Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?

Ikuti kisah Nadia, Atirah dan Zainal dalam Samudera Rindu pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea, TV9 bermula 25 September 2016.




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama Samudera Rindu ,Slot Azalea Tv3 Lakonan Azhan Rani

  • Lawak Solo ,Program Realiti Komedi Terbaru Program realiti komedi terbaharu Astro Warna iaitu ‘Lawak Solo’ akan hadir memeriahkan lagi dunia komedi tanah air disamping mencari bakat baru pelawak ‘stand up comedia ...
  • Sinopsis Filem Renjana Astro First Sinopsis Filem Renjana Astro FirstFilem Renjana, meurpakan sebuah kisah perjuangan wanita akan datang di Astro First, saluran 480 pada 17 Mac 2022. Judul file ...
  • Drama Kerana Anisa [2017] Samarinda TV3 Drama Kerana Anisa [2017] Samarinda TV3 Pelakon Drama Kerana Anisa Zara Zya sebagai Anisa  Mustaqim Bahadon sebagai Syukri Fahrin Ahmad sebagai Zahid ...
  • Sinopsis Drama Korea Crazy LoveDrama Korea Romantis yang berjudul Crazy Love. Drama terbaru ini akan mulai tayang tanggal 7 Maret dan akan tayang setiap Senin dan Selasa. Tokoh utama dalam drama ...
  • Suri Hati Mr Pilot Full Episode Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas keb ...

0 comments:

Catat Ulasan