Drama Kerana Anisa [2017] Samarinda TV3
Pelakon Drama Kerana Anisa
Zara Zya sebagai Anisa
Mustaqim Bahadon sebagai Syukri
Fahrin Ahmad sebagai Zahid
Sura Sojangi sebagai Adira
Sinopsis Drama Kerana Anisa
Drama ini Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan sangat baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.
Bagaimanapun juga, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.
Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.
Malah, Zahid semakin menyakiti Anisa terutama selepas tahu hubungan Anisa dengan Syukri.
suka like dan share
0 comments:
Catat Ulasan