Rabu, 2 Mac 2016

Zara Zya Mengacara Diari Kilauan Emas Otai

"Cuma, saya tidak menyangka akan diberi kesempatan menceburi bidang pengacaraan pula. Bersama program terbabit, dalam seminggu saya akan memberikan komitmen selama tiga hari untuk diari, raptai dan siaran langsung.

Selepas namanya semakin kukuh di arena lakonan, pelakon Cinta Hati Abah, Zara Zya, 30, mencuba bakatnya dalam bidang pengacaraan pula. Sebagai percubaan pertama, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 itu menerima tawaran mengendalikan program diari Kilauan Emas Otai.

Zara

Mengumumkan perkara itu di laman Instagramnya, Zara mengaku beliau teruja dan gembira apabila diberikan kepercayaan menjadi hos rancangan berkenaan. Pada masa sama, beliau tidak mampu menyembunyikan perasaan gementar untuk memikul amanah sebagai pengacara buat julung kalinya.

Namun, atas dasar ingin mencabar diri, wanita terbabit melihat peluang itu sebagai ruang untuknya mempelbagaikan lagi bakat seni dimiliki. Zara memberitahu, beliau menerima tawaran berkenaan sejak sebulan lalu dan akan menggalas tugas terbabit selama tujuh minggu.

"Alhamdulillah, tahun ini saya memang tidak menang tangan. Sejak awal hinggalah ke hujung tahun ini, nampaknya rezeki saya agak baik dalam bidang seni.

"Dalam kegembiraan mencuba bidang baharu, saya sebenarnya agak risau menunggu maklum balas orang ramai terhadap gaya pengacaraan saya. Maklumlah, selama ini saya hanya berlakon," katanya yang bersedia untuk menerima kritikan membina daripada peminat.

Menyentuh soal lakonan, Zara ketika ini sedang melunaskan baki penggambaran drama, Duda Terlajak Laris, di sisi pelakon Idris Khan untuk siaran TV3.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Zara Zya Mengacara Diari Kilauan Emas Otai

  • Drama Di Kayangan lakonan Adi Putra dan Anis Al IdrusDalam perkembangan lain, Anis berkata, dia bakal mengacarakan sebuah program sempena sambutan Maal Hijrah pada 2 Oktober ini.Rakaman program berjudul Satu itu bakal disi ...
  • Mawar sukar menangisSanggup mengetepikan tawaran lain selama tiga bulan demi Suami Paling Sweet, Mawar berkata, beliau berdebar menantikan reaksi penonton.Pelakon baharu, Mawar Rashid, meng ...
  • Hisyam bukan berlakon untuk Astro sahajaHisyam, 31, sebaliknya berkata, dia hanya mengikat kontrak bersama stesen satelit berbayar itu untuk menguruskan karier seninya dan masih bebas untuk berlakon untuk mana ...
  • Filem Surf This Love lakonan Shukri YahayaMengulas filem Surf This Love terbitan Global Solution Resources yang akan menemui penonton awal tahun depan, Shukri berkata ia memberi cabaran berbeza kepadanya apabila ...
  • Drama Cinta Selawat lakonan Azzahra dan Keith FooAzzahra baru saja tampil menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz dan tidak lama lagi, beliau akan muncul pula dengan drama Cinta Selawat. Berlakon di sisi Keith Foo, ia p ...

0 comments:

Catat Ulasan