Khamis, 24 Mac 2016

Tanda-Tanda Awal Strok Haba

haba maut

Strok haba atau dikenali sebagai heat stroke berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh.

Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah Celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah strok haba boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

Berikut tanda-tanda awal Strok Haba

  • Kerap mengalami sakit kepala
  • Mudah hilang fokus
  • Lidah menjadi bengkak
  • Denyutan nadi menjadi laju
  • Kenaikan suhu badan melebihi 39 darjah Celsius
  • Tekanan darah rendah
  • Badan tidak berpeluh
  • Kulit menjadi kering dan kemerah-merahan
Sekiranya mengalami tanda-tanda ini, amat disarankan supaya berjumpa doktor bagi mendapat rawatan.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Tanda-Tanda Awal Strok Haba

  • Kes Hepatitis C (HCV) MeruncingApa tu Hepatitis? Ia bermaksud keradangan hati (hepar) dan virus hepatitis C (HCV) mempunyai kecenderungan yang amat tinggi untuk menyerang hepar. Ia ditemui buat kali p ...
  • 13 Mitos Kesihatan di MedTweet.myMitos 1Makan telur boleh sebabkan luka bernanah terutama wanita selepas bersalin. Fakta: Telur kaya dengan sumber protein seperti ayam dan daging dan ia tidak menye-babk ...
  • Cara Mengenali Produk Kosmetik Beracun dan BermerkuriAntara kaedah mengenali produk kosmetik mengandungi kimia merkuri atau racun berjadual.1. WARNA KRIM BERKILAT Warna krim yang kuning atau putih berkilat adalah antara ci ...

0 comments:

Catat Ulasan