Antara kaedah mengenali produk kosmetik mengandungi kimia merkuri atau racun berjadual.
1. WARNA KRIM BERKILAT
Warna krim yang kuning atau putih berkilat adalah antara ciri produk kosmetik mengandungi kimia berbahaya.
2. TIDAK RATA DAN MELEKIT
Krim kosmetik berbahaya biasanya mempunyai struktur tidak diadun sempurna dan melekit termasuk ketika digunakan pada wajah.
3. BAU TENGEK
Krim kosmetik mengandungi kimia berbahaya biasanya mempunyai bau logam yang agak kuat dan menyengat. Biasanya pengeluar kosmetik akan cuba mengaburi taktik ini dengan meletakkan pewangi pada produk.
4. PANAS DAN PEDIH KETIKA DIPAKAI
Krim kosmetik mengandungi racun biasanya akan menyebabkan si pemakai berasa pedih, panas dan gatal sejurus disapu pada kulit wajah.
5. KULIT MENJADI SENSITIF PADA MATAHARI
Kulit wajah menjadi sakit dan pedih apabila terdedah terlalu lama pada cahaya matahari akibat lapisan kulit rosak kesan pemakaian krim bahaya.
6. KULIT TAMPAK PUTIH PUCAT
Kulit putih yang normal adalah cerah dan tidak pucat. Krim kosmetik berbahaya biasanya memberi kesan putih pucat berikutan lapisan atas kulit epidermis dihakis merkuri.
Rabu, 9 Mac 2016
Cara Mengenali Produk Kosmetik Beracun dan Bermerkuri
Posted by
Naughty America
at
5:40 PTG
Tags :
Kesihatan
Related : Cara Mengenali Produk Kosmetik Beracun dan Bermerkuri
Tanda-Tanda Awal Strok HabaStrok haba atau dikenali sebagai heat stroke berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain tu ...
13 Mitos Kesihatan di MedTweet.myMitos 1Makan telur boleh sebabkan luka bernanah terutama wanita selepas bersalin. Fakta: Telur kaya dengan sumber protein seperti ayam dan daging dan ia tidak menye-babk ...
Kes Hepatitis C (HCV) MeruncingApa tu Hepatitis? Ia bermaksud keradangan hati (hepar) dan virus hepatitis C (HCV) mempunyai kecenderungan yang amat tinggi untuk menyerang hepar. Ia ditemui buat kali p ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan