Selasa, 16 Februari 2016

Cara Mudah Memindahkan Gas Memasak Ke Tong Lain

“Mereka menggunakan cara lama dengan menyambungkan kedua-dua tong gas menggunakan hos sebelum meletakkan ais pada tong gas industri yang kosong. Gas akan bertindak balas secara semulajadi bergerak ke tong yang lebih sejuk.

tipu gas

Sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) subsidi dikesan menggunakan kaedah kuno dengan merendam silinder kosong di dalam ketulan ais untuk memindahkan gas dicuri.

Kegiatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menggempur sebuah premis haram di Kawasan Industri Mas Jaya, Cheras, di sini, pagi semalam.

Hasil serbuan bermula kira-kira jam 11 pagi itu, pihak KPDNKK menahan dua lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Daerah Kajang Normaswari Nordin berkata, hasil serbuan menerusi Ops Gasak dilakukan dua pegawai dan empat anggota KPDNKK, pihaknya merampas 164 tong LPG kapasiti 14 kilogram dan 96 tong gas LPG berkapasiti 50 kilogram.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati sindiket itu memindahkan gas dari tong bersubsidi untuk kegunaan memasak ke tong bagi kegunaan industri sebelum dijual.

“Sudah lama kami tidak mengesan teknik sebegini berikutan kebanyakan kes yang kita temui sebelum ini menggunakan kaedah menyedut menggunakan mesin khas,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Normaswari berkata, hasil serbuan pihaknya merampas semua tong berkenaan yang dianggarkan bernilai RM50,000. | Sumber HMetro

Difahamkan, aktiviti sindiket ini mempunyai kaitan dengan kekurangan bekalan gas memasak di pasaran yang dibongkar Harian Metro sejak sebulan lalu.

“Selain itu, kami juga merampas sebuah lori yang digunakan untuk pengangkutan di premis itu. Empat lelaki yang mengaku sebagai pekerja di premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Cara Mudah Memindahkan Gas Memasak Ke Tong Lain

  • Rm 1.5 Juta Berjaya Dikutip "Rock Bro" Bukti Ramai Pengikut Pengarah filem Mamat Khalid menyifatkan kutipan filem terbaharunya Rock Bro yang mencecah RM1.5 juta hanya dalam masa lima hari tayangan sebagai bukti pengikut tri ...
  • Kapal Zaytouna-Oliva ditawan IsraelSelain Dr Fauziah, 12 aktivis lain turut merakam video menggesa kerajaan negara masing-masing dan masyarakat antarabangsa agar memberi tekanan kepada Israel supaya membe ...
  • Kool FM Stesen Radio Terbaru Media PrimaRangkaian Radio Media Prima Berhad melancarkan stesen radio keempatnya, Kool Fm dalam majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara di sini, hari i ...
  • Majlis Malam Mesra MACP 2016Edry Abdul Halim masih sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak seperti diumumkan pada majlis Malam Mesra MACP (Music Authors Copyright Protection ...
  • Bananana! Hari Kantin 2016 Sabtu ini di Esplande AlamandaBananana! Hari Kantin 2016 kembali lagi buat edisi ke-3 di mana acara ini cuba memupuk semangat keusahawanan buat murid-murid yang terlibat selain aktiviti menarik yang ...

0 comments:

Catat Ulasan