Rabu, 2 November 2016

Rm 1.5 Juta Berjaya Dikutip "Rock Bro" Bukti Ramai Pengikut

 Pengarah filem Mamat Khalid menyifatkan kutipan filem terbaharunya Rock Bro yang mencecah RM1.5 juta hanya dalam masa lima hari tayangan sebagai bukti pengikut trilogi naskhah itu masih ramai.

Mamat berkata, kutipan memberangsangkan filem itu setakat ini disebabkan ia kesinambungan terakhir daripada dua naskhah terdahulu iaitu Rock (2005) dan Rock Oo (2013).

"Ini adalah episod terakhir dan semua peminat trilogi ini ingin tahu tentang kesudahan kumpulan Rimba Bara kerana selepas ini tiada lagi kisah mengenai mereka.

"Ia juga bukti filem ini memang menjadi penantian peminat setia yang mengikuti dua siri terdahulu sebelum ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Rock Bro dibintangi Khir Rahman, Amy Jueliet, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Norazmi Bahron, Kamarool Yusof, Shuib, Sharwani Hamad, Datuk Hattan, Esma Daniel dan Jihan Muse.

Ia mula ditayangkan sejak 27 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Mamat berkata, dia tidak menyasarkan kutipan tertentu untuk Rock Bro kerana baginya kutipan RM1.5 juta tersebut sudah menjadi bonus kepadanya.

Ini kerana kata Mamat, apa yang paling penting dia sudah memberikan terbaik untuk filem berkenaan dan menyerahkan ia kepada penonton membuat penilaian.

"Tentang kutipan susah hendak dijangka tetapi sebagai pengarah saya tidak meletakkan sasaran tertentu kerana apa yang paling penting penonton menyukainya.

"Saya percaya jika sesebuah filem itu bagus mesti ia akan tersebar dengan cepat dan akan lebih ramai datang menonton," ujarnya.

Sementara itu, Mamat berkata, dia tidak merancang untuk menyambung kisah Rimba Bara kerana jalan ceritanya sudah ditamatkan dalam Rock Bro walaupun ia mendapat sambutan hangat.

Trase Rock Bro Sumber Youtube

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Rm 1.5 Juta Berjaya Dikutip "Rock Bro" Bukti Ramai Pengikut

  • Harga minyak turun lagi RON95 RM1.60 RON97 RM1.95Harga minyak bagi RON95 turun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter sebelum ini. Manakala harga jualan bagi RON97 turun sebanyak 10 sen kepada ...
  • Peraturan terbaru cermin gelap kenderaan (2016)"admin pun baru tahu.. denda RM2k, 6 bulan jail.. masak la"The latest regulation on dark tinting under the Motor Vehicles (Prohibition of Certain Types of Glass) (Amendm ...
  • Fate of F1 race in Malaysia to be known end of this weekKUALA LUMPUR: The fate of the Formula 1 (F1) Grand Prix at the Sepang International Circuit (SIC) will likely be known by the end of this week, said SIC CEO Datuk Razlan ...
  • Bonus Tabung Haji 8 peratusLembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015. Selain itu, bonus tambahan sebanyak tig ...
  • Harga Petrol dan Diesel Untuk April 2016Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen seliter manakala Diesel naik 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini.RON95 - RM1.70RON97 - ...

0 comments:

Catat Ulasan