Khamis, 4 Februari 2016

Bonus Tabung Haji 8 peratus

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lima peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015. Selain itu, bonus tambahan sebanyak tiga peratus juga diberikan kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan ibadah haji.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, biarpun dalam persekitaran yang mencabar dan tidak menentu pada tahun lalu, prestasi kewangan TH kekal berdaya tahan dengan rekod pendapatan sebanyak RM4.47 bilion dan keuntungan bersih selepas zakat mencecah RM3.53 bilion.

Katanya, pendapatan dan keuntungan itu adalah yang tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi.

"TH akan mengagihkan RM3.23 bilion sebagai hibah atau bonus kepada pendeposit dan TH akan menyimpan sebanyak RM300 juta daripada keuntungan boleh agih tahun ini.

"Pembayaran bonus haji kali ini akan memberi manfaat kepada 8.23 juta pendeposit yang belum pernah menunaikan haji," katanya pada majlis pengumuman bonus pendeposit Tabung Haji 2015, di sini, sebentar tadi.

Tahun lalu, TH mengumumkan kadar bonus tahunan sebanyak 6.25 peratus dan tambahan bonus haji sebanyak 2.0 peratus bagi tahun kewangan 2014, kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Haji. | HMetro

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Bonus Tabung Haji 8 peratus

  • Peraturan terbaru cermin gelap kenderaan (2016)"admin pun baru tahu.. denda RM2k, 6 bulan jail.. masak la"The latest regulation on dark tinting under the Motor Vehicles (Prohibition of Certain Types of Glass) (Amendm ...
  • Harga minyak turun lagi RON95 RM1.60 RON97 RM1.95Harga minyak bagi RON95 turun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter sebelum ini. Manakala harga jualan bagi RON97 turun sebanyak 10 sen kepada ...
  • 5 Lebuh Raya Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik SepenuhnyaLima lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) selepas jam 12 tengah hari ini (2 Mac 2016). Berikutan itu, semua pengguna jalan ra ...
  • Gajah Mengamuk Di PekanIngatkan di Pekan, Pahang hehe tapi kejadian ini berlaku di pekan Siliguri, Bengal, di timur India seekor gajah liar mencetuskan kegemparan apabila mengamuk dengan mero ...
  • Harga Petrol dan Diesel Untuk April 2016Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 10 sen seliter manakala Diesel naik 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini.RON95 - RM1.70RON97 - ...

0 comments:

Catat Ulasan