Jumaat, 20 Januari 2017

Elaine Daly Belajar Solat

Elaine Daly Belajar Solat

Pelakon Elaine Daly mengakui telah pelajari  cara solat bagi memastikan lakonannya sebagai wanita muslim dalam super telemovie Permata Hati nampak lebih realistik.

Elaine Daly berkata meskipun beragama Kristian dia tidak masalah untuk melakonkan watak berlainan agama yaitu agama islam.

"Saya tidak masalah untuk melakonkan watak sebagai muslim mualaf. Lagipun Ini bukan pertama kali saya melakonkan watak beragama Islam. 

"Cuma kali ini ada babak saya ketika sholat. Jadi saya ada belajar serba sedikit daripada kru-kru produksi cara bagaimana cara bersolat.

"Ia lakonan semata-mata dan saya hanya melakukan kerja saya. 

 "Keluarga pun tidak ada masalah bila saya menerima tawaran berlakon sebagai muslim mualaf," katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas lanjut mengenai wataknya sebagai Sofea di dalam Permata Hati, bekas ratu cantik dunia 1998 itu memberitahu ia amat mencabar keupayaannya sebagai pelakon kerana dia sentiasa bermain dengan emosi.

"Ia agak mencabar. Watak kali ini menuntut saya banyak menangis. Bukan senang sebenarnya nak dapatkan mood dan emosi itu. 

"Bayangkan ada ketika , kami menjalani penggambaran tanpa henti sehingga ke lewat pagi. Pernah ketika penggambaran jam lima pagi dan babak ketika itu masih memerlukan saya untuk menangis.

"Walaupun penat dan letih tetapi saya ambil itu sebagai cabaran. Saya percaya hasil usaha dan kerja keras pasti sesuatu produk mampu memberi impak yang baik kepada penonton," katanya lagi.

Selain Elaine, Permata Hati yang turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Elfira Loy, Zoey Rahman, Edika Yusof,  Danny X-Factor, Liza Abdullah serta bintang Indonesia seperti Teuku Zacky dan Wulan Guritno.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Elaine Daly Belajar Solat

0 comments:

Catat Ulasan