MIA Ahmad (dua dari kanan) melakonkan watak wartawan meja jenayah. Selain mereka, memperkuatkan drama 13 episod terPelakon, Mia Ahmad, menimba pengalaman baharu sebagai wartawan apabila menjayakan watak Suraya dalam drama Jejak Karmila. Menerusi naskhah arahan Murali Abdullah yang turut dibintangi Fauziah Ahmad Daud itu, beliau melakonkan watak wartawan meja jenayah.
"Selama ini saya datang ke Balai Berita untuk sesi fotografi dan temubual, bagaimanapun kali ini agak berbeza apabila saya pula yang menjadi 'wartawan meja jenayah' di sini.
"Ia sebenarnya bukan watak yang mudah. Maklumlah, selama ini juga saya hanya membaca berita jenayah di akhbar dan laman sosial. Kini, saya sendiri perlu menghidupkan watak wartawan yang menyediakan berita itu pula," katanya.
Akuinya, pengalaman berurusan dengan wartawan hiburan sedikit sebanyak memberikannya ilham untuk menghidupkan karakter Suraya. Bercerita mengenai watak terbabit, Mia berkata, Suraya ialah anak sulung kepada wanita bernama Karmila. Selain meneruskan rutin hariannya sebagai wartawan, pada masa sama beliau turut berusaha menjejaki wanita itu tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara.
Karmila dihukum penjara selama hampir 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Noni (lakonan Ruhainies). Suraya, katanya, ingin menjejaki di mana ibu dan adiknya berada kerana masing-masing sudah sekian lama terpisah. "Peluang berlakon di samping bintang hebat seperti Fauziah menjadi penghormatan besar buat diri saya. Inilah juga pengalaman pertama saya berlakon dengannya," katanya.
Selain mereka, memperkuatkan drama 13 episod terbitan Zeel Productions itu ialah Ben Ali dan Asyraf Ali. Ia dijadualkan menemui penonton TV3 pada awal Disember depan.
0 comments:
Catat Ulasan