
Anugerah Melodi 2016 akan berlangsung pada 10 Disember ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Undian boleh dibuat menerusi www.anugerahmelodi.com.my bermula 31 Oktober sehingga 30 November ini.
Kategori Anugerah Melodi 2016
1. Personaliti Filem Melodi
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Syamsul Yusof
Nabila Huda
Bront Palarae
2. Personaliti Muzik Melodi
Yuna
Faizal Tahir
Akim Ahmad
Ayda Jebat
Shila Amzah
3. Personaliti Drama Melodi
Saharul Ridzwan
Mira Filzah
Janna Nick
Fattah Amin
Amyra Rosli
4. Personaliti Pengacaraan Melodi
Awal Ashaari
Fauziah Ahmad Daud
Alif Satar
Neelofa
Datuk Rosyam Nor
5. Personaliti Sukan Melodi
Datuk Lee Chong Wei
Pandelela Rinong
Abdul Latif Romly
Ridzuan Puzi
Muhammad Ziyad Zolkifli
6. Personaliti Komedi Melodi
Abam
Achey
Mark Adam
Ebby Hus
Jep Sepahtu
7. Personaliti Pasangan Sensasi Melodi
Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Awal Ashaari & Scha Alyahya
Zain Saidin & Rozita Che Wan
Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani
Akim & Stacy
8. Personaliti Media Sosial Melodi
Nelydia Senrose
Nora Danish
Emma Maembong
Ayda Jebat
Zizan Razak
9. Personaliti Fesyen Melodi
Wak Doyok
Nazim Othman
Rozita Che Wan
Fazura
Zahirah McWilson
10. Personaliti Sensasi Melodi 2016
Sharnaaz Ahmad
Mira Filzah
Janna Nick
Ayda Jebat
Zizan Razak
Dalam anugerah itu, 10 kategori dipertandingkan dengan lima finalis bagi setiap kategori, manakala kategori Personaliti Sensasi Melodi 2016 pula dipilih sebagai anugerah utama.
Pemenang pula dipilih berdasarkan 100 peratus undian peminat.
Penerbitnya Michelle Wee berkata, anugerah itu bertujuan untuk mengiktiraf artis dengan cara yang lebih positif dan bukannya diukur dengan kontroversi.
"Pada peringkat awal kami menyenaraikan 20 artis bagi setiap kategori sebelum memilih calon Top 5. Jadi untuk pemenang, kami serahkan 100 peratus kepada kuasa peminat.
"Bagi anugerah utama, pemilihan sensasi itu bukan saja dari segi penampilan, tapi merangkumi semua aspek dalam kerjaya. Kita menilai dari segi positif saja tanpa mengangkat perkara yang membabitkan kontroversi," katanya dalam sidang media di Theaterette, Balai Berita NSTP di sini, hari ini.
Michelle berkata, anugerah ini sepatutnya berlangsung pada 2014 lalu tetapi ditunda disebabkan tragedi kehilangan pesawat MH370.
"Ini satu permulaan untuk kami dalam mengiktiraf artis tanah air. Insya Allah sekiranya anugerah ini mendapat sambutan, kami merancang untuk mengadakan ia sebagai acara tahunan," katanya.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tidak menyangka apabila dia tercalon dalam tiga kategori termasuk anugerah utama.
"Setiap kali tercalon dalam mana-mana acara anugerah, saya tak pernah meletak sebarang harapan. Saya hanya berusaha. Kalau dapat, ia adalah rezeki.
"Lagipun ini adalah tahun pertama Melodi menganjurkan acara berprestij sebegini. Saya tak fikir pun nak bersaing, tetapi ini adalah masa terbaik untuk peminat setiap artis menjalankan undian," katanya.
Ayda yang juga penyanyi lagu Pencuri Hati tercalon dalam kategori Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.
Selain Ayda, Zizan Razak juga tercalon dalam tiga kategori, manakala Awal Ashaari, Mira Filzah dan Janna Nick tercalon dalam dua kategori.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Personaliti Filem Melodi, Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Drama Melodi, Personaliti Pengacaraan Melodi dan Personaliti Sukan Melodi.
Turut dipertandingkan Personaliti Komedi Melodi, Personaliti Pasangan Sensasi Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi, Personaliti Fesyen Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016 selaku anugerah utama.
Menariknya, penganjuran anugerah ini bertujuan mengangkat dan mengiktiraf 10 ikon industri hiburan menerusi 10 kategori yang dipertandingkan.
Penerbitnya Michelle Wee berkata, setiap kategori mempertandingkan lima finalis yang disenarai pendek berdasarkan pencapaian mereka selain mempunyai pengaruh di media sosial.
“Kita sedar program ini tak lengkap tanpa cerita panas, sensasi dan kontroversi. Namun, untuk anugerah ini kami hanya fokus kepada aspek itu dari sudut positif. Bukan apa, kami tidak mahu mengiktiraf sesuatu yang ke arah negatif.
“Selain itu, calon juga perlulah sensasi daripada pelbagai aspek seperti penampilan dan pembabitan mereka dalam industri hiburan.
“Pada masa sama penilaian juga dibuat menerusi komitmen artis itu terhadap kerjaya dan pencapaian mereka seperti pernah memenangi anugerah,” katanya.
Menurut Michelle, pihaknya juga mewujudkan kategori Personaliti Sukan Melodi kerana ingin memberi kelainan di samping mahu mengangkat dan menghargai mereka yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Sekarang golongan atlet juga adalah selebriti dan mereka mempunyai ramai pengikut. Jadi tak salah untuk membabitkan mereka dalam anugerah ini.
“Bagi saya kategori ini satu lagi kelainan dan pada masa sama dapat memberi penghargaan kepada mereka yang banyak mengharumkan nama negara,” katanya
Anugerah utama itu bakal meraikan personaliti sensasi yang berperwatakan menarik, mempunyai aura, karisma dan daya tarikan selain mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendominasi pencalonan apabila dicalonkan dalam tiga kategori termasuk anugerah utama iaitu Personaliti Muzik Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.
Selain Ayda, pelawak Zizan Razak juga mendapat tiga pencalonan dalam kategori Personaliti Filem Melodi, Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Sensasi Melodi 2016.
Ayda serah kepada peminat. Ayda, 24, yang tercalon dalam tiga kategori tak pernah meletakkan harapan untuk menang atau berasa akan menang mudah.
“Saya hanya berusaha dan sekiranya berjaya itu adalah rezeki. Namun, sebagai calon tugas saya adalah untuk membantu memeriahkan acara dengan mempromosikannya di laman sosial. Dengan cara itu, peminat akan lebih peka,” katanya.
Ayda yang juga penyanyi lagu Pencuri Hati tidak memikirkan soal persaingan sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peminat untuk mengundi.
“Memandangkan ini acara berprestij pertama Melodi, jadi tak salah sekiranya kita sebagai artis saling menyokong dalam menjayakan lagi acara ini. Pada masa sama saya menganggap pencalonan ini sebagai satu lagi tanda penghargaan.
“Saya tak berasa tertekan pun cuma ia jatuh kepada peminat. Ini kerana undian berdasarkan 100 peratus undian mereka. Jadi mereka yang perlu bekerja keras. Saya hanya boleh mempromosikannya,” katanya.
Amyra tak letak sebarang harapan. Pelakon Amyra Rosli yang tercalon dalam kategori Personaliti Drama Melodi tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang.
Menurut, dia sudah bersyukur apabila layak ke Top 5. “Saya serahkan kepada peminat untuk membuat undian. Calon lain dalam kategori ini pun hebat belaka dan saya percaya masing-masing mempunyai peminat tersendiri.
“Bagi saya anugerah ini satu lagi platform terbaik untuk selebriti tempatan mendekati peminat mereka,” katanya.
Pada acara itu juga, Amyra turut ditugaskan sebagai penyampai bagi salah satu kategori bersama bakal suaminya pelakon Amar Baharin.
Awal tak sangka tercalon 2 kategori. Bagi Awal Ashaari yang juga pengacara Melodi, dia tidak menyangka tercalon dalam dua kategori iaitu Personaliti Pengacaraan Melodi dan Personaliti Pasangan Sensasi Melodi.
“Bagi saya pencalonan ini adalah satu penghargaan untuk saya. Apatah lagi tercalon dalam kategori Personaliti Pengacaraan Melodi sesuatu yang bermakna untuk saya. Bukan apa, sepanjang program ini bersiaran banyak lagi pengacara sensasi lain yang pernah mengendalikan program ini.
“Namun, saya percaya pemilihan yang dibuat mempunyai kriteria tertentu. Jadi bukan hak saya untuk mempertikaikan pemilihan ini,” katanya.
Mengenai pencalonannya dengan Scha, Awal menyifatkan jenama mereka selama ini berjaya melekat di hati banyak pihak.
0 comments:
Catat Ulasan