Isnin, 4 April 2016

8 Cedera Letupan di Mid Valley Megamall


Pagi tadi dua letupan kecil dilapor berlaku di Mid Valley Megamall disebabkan oleh letupan gas di kedai makanan dan minuman.

Pengurusan Mid Valley Megamall dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook hari ini mengesahkan kejadian itu dan adalah disebabkan oleh letupan kecil semasa kerja pemasangan semula sistem sistem gas petroleum cecair (LPG).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun beberapa pekerja kakitangan penyelenggaraan, kontraktor LPG dan pekerja mengalami kecederaan ringan, kata kenyataan itu.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan telah menutup semua sistem gas di Mid Valley Megamall untuk sementara waktu.

"Keselamatan tetap menjadi keutamaan kami dan akan memberi tumpuan terhadap keselamatan penyewa dan pengunjung kami," katanya dalam kenyataan itu.

Pihak pengurusan juga berkata pusat membeli-belah akan terus dibuka kepada pengunjung dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan insiden ini sekiranya terdapat maklumat lanjut.


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : 8 Cedera Letupan di Mid Valley Megamall

  • Pesawat TUDM terhempas di Kuala SelangorJuruterbang pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 berpangkat Mejar disahkan patah tangan dan dirawat di Hospital Tanjung Karang sebelum dihantar ...
  • Tangan Hancur TersepitKuala Lumpur: Seorang remaja lelaki hanya mampu meraung kesakitan apabila tulang tangannya hampir hancur akibat tersepit pada mesin pencetak plat. Dalam kejadian jam 5.1 ...
  • 5 Lebuh Raya Laksana Sistem Kutipan Tol Elektronik SepenuhnyaLima lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) selepas jam 12 tengah hari ini (2 Mac 2016). Berikutan itu, semua pengguna jalan ra ...
  • Berat Bayi Baru Lahir 6 KilogramSeorang wanita melahirkan bayi perempuan seberat 6 kilogram (kg) sekali gus dipercayai menjadi bayi paling berat dilahirkan di Argentina. Maria Fernanda Basly melahirkan ...
  • Majlis Malam Mesra MACP 2016Edry Abdul Halim masih sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak seperti diumumkan pada majlis Malam Mesra MACP (Music Authors Copyright Protection ...

0 comments:

Catat Ulasan