Rabu, 30 Mac 2016

Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun

Kak Ani

Noraniza Idris akan muncul dalam Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun di TV1 pada 10 April 2016. Konsert ini bagi meraikan perjuangan tiga dekad dalam dunia seni, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Etnik Kreatif.

Berkongsi projek terbaharunya dengan BH Online, persembahan istimewa selama 90 minit itu akan mengimbau suka duka kembara seni Noraniza atau mesra dipanggil Kak Ani dalam memartabatkan irama tradisional dan etnik kreatif ke arus perdana.

Dikenali sebagai penghibur yang mementingkan persembahan bermutu dengan nilai estetika tinggi, Noraniza bakal memberi kejutan dalam persembahan yang akan dirakamkan pada 5 April depan.

Menempah slot tayangan pada jam 9.30 malam 10 April depan, Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun bakal menjadi episod pertama mengisi slot hiburan Lentera Muzika RTM musim baharu.

Konsert itu akan dibahagikan kepada empat segmen termasuk pembukaan yang menggabungkan enam lagu etnik dan himpunan lagu rakyat fusion berkonsepkan transformasi budaya. Segmen ini berkonsep 'battle' iaitu tarian etnik berdepan dengan dengan tarian jalanan sambil diiringi penyanyi latar.

Konsep itu membuktikan Noraniza terbuka dalam mengadaptasi budaya semasa yang menjadi kegilaan anak muda dalam persembahan muzik etniknya. Selain tu, Noraniza juga akan mengimbau kenangan lama sejak mula bergelar penyanyi dan bertatih membina nama.

Bawa penari pengiring ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) Noraniza juga akan mendendangkan beberapa lagu baharu yang dihasilkan bersama komposer muda Ihab Ismail dan L'zzay.

Sudah tentu, Noraniza juga akan menyanyikan lagi etnik peribumi dan dendangan popularnya. Sebagai penutup, Noraniza akan mendendangkan lagu masterpiece, Hatinya Tak Tahan.

Tidak ketinggalan, Noraniza turut mengundang lapan orang penari Artis Budaya Noraniza Idris yang pernah berkhidmat dengannya sepanjang pembabitan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula daripada tahun 1997 sehingga 2005.

Hingga kini, Noraniza tidak putus semangat dalam usahanya mengangkat irama tradisional ke peringkat yang lebih tinggi. Noraniza masih mahu berkarya dan memberi sumbangan dalam dunia seni. Noraniza meneruskan kelangsungan seni warisan budaya seni supaya ia terus dihargai generasi muda serta dapat dijadikan sebagai paksi jati diri mereka. | BHarian

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 tahun

  • Konsert High Note 2016 Ziana Jaclyn AzlanKonsert High Note 2016 bakal berlangsung pada 25 hingga 27 November di Panggung Sari, Istana Budaya. Selain Ziana, konsert itu nanti turut menampilkan Jaclyn Victor dan ...
  • Konsert Merdeka 31.8 RTM (2015)Konsert 31.8 sempena Hari Kebangsaan Ke-58, menampilkan Akim & The Majistret, Shah Juara Pujaan, Tomok, Najwa Latif, Aliff Satar, Amelina, Erul Samah, Magen dan Nick ...
  • Konsert Perdana 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri MalaysiaKonsert Perdana 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri yang akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 12 November 2016, jam 9 di TV1 malam.Perse ...
  • Konsert Search 35 Tahun 9 April Stadium MerdekaKumpulan Search bakal menjayakan Konsert Search 35 Tahun bagi meraikan ulang tahun ke-35 penubuhan mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 9 April ini.Tiket-tiket b ...
  • Konsert Wings di Sabah 24 Disember iniKonsert Wings 30 Tahun Live anjuran KAMI Mutiara Global Sdn Bhd mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PERS ...

0 comments:

Catat Ulasan