Khamis, 11 Februari 2016

Konsert Search 35 Tahun 9 April Stadium Merdeka

Kumpulan Search bakal menjayakan Konsert Search 35 Tahun bagi meraikan ulang tahun ke-35 penubuhan mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 9 April ini.

Tiket-tiket berharga:

RM135 (Mat Rock)
RM135 (Isabella)
RM288 (Kejora)
RM288 (Pawana)
RM899 (Fenomena) 

Mula dijual pada 11 Februari di www.ticket.com.my.

konsert search 35 tahun

Ditemui pada sidang media yang berlangsung di Redland Terminal Centre & Hangar Complex, di sini, Search yang dianggotai Amy (penyanyi), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (bass) dan Yazit (dram) berkata, mereka menjanjikan persembahan menarik buat peminat nanti.

"Perancangan konsert ini dibuat sejak empat bulan lalu. Saya dan rakan-rakan Search berbincang dan mencapai kata sepakat, bahawa ini bukan konsert biasa dan berbentuk sambutan khas.

"Ia perlu berbeza dengan konsert biasa dan untuk itu kami memilih Afjets Sdn Bhd sebagai penganjur kerana kosnya yang besar mencecah RM3 juta. Konsert ini mempunyai banyak pembahagian tertentu dan kami hanya bertindak sebagai rakan kongsi," kata Nasir.

Amy pula berkata, setakat ini tiada artis undangan yang difikirkan kerana mereka mahu menampilkan keistimewaan Search kepada peminat.

"Persembahan kami akan berlangsung sekitar dua jam setengah. Ini satu konsert yang menyatukan pelbagai bangsa dan akan menjadi sejarah muzik rock & roll.

"Saya menjanjikan konsert ini menjadi kenangan manis buat peminat nanti," katanya.

Informasi lengkap mengenai Konsert #Search35 boleh didapati di www.afjets-search.com atau menerusi Facebook Fenomena Search.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Konsert Search 35 Tahun 9 April Stadium Merdeka

0 comments:

Catat Ulasan