Khamis, 11 Februari 2016

Jersi Baru Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)

KAFA memperkenalkan lima jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) untuk pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) musim ini, di sini, sebentar tadi. Semua jersi yang dikeluarkan syarikat penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida itu menampilkan tiga versi iaitu 'Supra Player', Millenia dan `Mantera' yang akan dijual dengan harga berbeza.

Harga Jersi PQPTRW

RM168 - Super Player
RM98 - Millenia
RM68 - Mantera

"Ok la tu tak la teruk sangat jerseynya"

jersi kelantan

Jersi jenama DSV berwarna tradisi Kelantan merah-putih dan merah jambu-putih itu akan digunakan di gelanggang sendiri manakala gabungan warna merah jambu dan hitam serta biru di tempat lawan.

"Saya mahukan terbaik dan ingin bawa pembaharuan pada jersi keluaran saya ini. Semua jersi yang dilancarkan hari ini hanya edisi pertama. "Namun begitu, masih terdapat lagi edisi kedua yang bakal dilancarkan pada April nanti. Bagi fungsi istimewa yang ada pada jersi ini akan terbukti selepas dibeli nanti," katanya dalam sidang media pada majlis itu.

Majlis pelancaran jersi di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) itu turut dimeriahkan lagi dengan tayangan montaj yang menggunakan sentuhan warna merah jambu bagi mempromosikan jersi terbaharu itu. Rekaan jersi itu seolah-olah disuntik dengan satu sel istimewa yang memberi kuasa kepada pemakai.

BH Sukan sebelum ini melaporkan empat jersi jenama DSV yang akan dilancarkan hari ini, bukan sekadar rekaan semata-mata tapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.

Dr Vida berkata, beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain. Benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini untuk pembangunan baju itu. | Sumber BHarian

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Jersi Baru Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)

0 comments:

Catat Ulasan