Ahad, 14 Februari 2016

16 Kelebihan membaca Al Mathurat

Salam, selamat pagi guys.. asyik share layan drama je kan. Jom sambil² nak gi keje kita baca Al Mathurat.

al mathurat

Kelebihan membaca Al Mathurat

1. Tidak dihampiri syaitan ~ Ia dimulai dengan ucapan ‘Aku bermohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’.

2. Bacaan Al-Fatihah di dalam Al-Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah ‘Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku”.

3. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini. Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati syaitan sehingga petang, jika dibaca di waktu malam pula nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga ke pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya “.

4. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

5. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

6. Selamat dari segala sesuatu.

7. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

8. Allah berhak untuk meredhainya

9. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

10. Terhindar daripada syirik.

11. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

12. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

13. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

14. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

15. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

16. Di samping itu, doa-doa yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat itu merupakan doa daripada nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : 16 Kelebihan membaca Al Mathurat

  • Senarai Lokasi Speed Trap di MalaysiaSenarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Kelajuan / Speed Trap Di Jalan Raya Malaysia:PLUS North Bound (ke Utara)* Di bawah jambatan dikira-kira 456km, Sg Buloh simpan ...
  • Cara Pembayaran PTPTN Secara OnlinePembayaran balik secara online adalah digalakkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk kemudahan semua peminjam. Ini adalah kerana pembayaran ‘ ...

0 comments:

Catat Ulasan